JADAL (DEBAT) DALAM AL-QURAN
DEFINISI
JADAL
- Berdebat atau
bertukar fikiran dengan cara berlumba untuk mengalahkan lawan.
- Berasal
daripada kata-kata جدلت الحبلiaitu فتلهأحكمت (aku menguatkan ikatan tali itu),
Kerana kedua-dua pihak yang
berdebat itu mengukuhkan pendapat masing-masing.
- Allah menyatakan bahawa jadal merupakan tabiat manusia, iaitu manusia
itu sentiasa bertelagah dan bermusuhan.

Dan demi sesuuntuk umat manusia,dari segala jenis contoh bandingan, dan sememangnya manusia itu sejenis ngguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai
cara dalam al-qur’an ini makhluk yang banyak sekali bantahannya ( Al-Kahfi : 54 )
- Allah mengizinkan juga bermunazarah ( berdebat yang ditutup
dengan saling bersumpah antara kedua-dua pihak dengan ahli kitab dengan cara
yang baik.
- Matlamat munazarah adalah untuk menzahirkan kebenaran sejati,
membina hujjah atas kebenaran tersebut.
- Metod jadal dalam al-quran mencakupi member petunjuk kepada orang
kafir dan menundukkan para penentangnya.
- Perdebatan orang yang mengikut hawa nafsu pula merupakan satu
persaingan dengan matlamat yang batil.
METODE DEBAT AL-QUR’AN
- Al-quran dalam berdebatdengan penentangnya banyak mengemukakan dalil,
bukti kuat yang dapat difahami oleh semua golongan samaada awam mahupun pakar.
- Ia mematahkan hujah dengan bahasa yang pasti, jelas, dan elok sehingga
dapat difahami oleh akal dengan mudah.
- Al-quran tidak menggunakan cara ahli kalam (kalangan mutakallimin).
- Ahli kalam membuat muqaddimah dan natijah (kesimpulan), berdalil
dengan sesuatu yang bersifat kulliy (universal) terhadap sesuatu yang
bersifat juz’iy (bahagian) dalam perbandingan menyeluruh, berdalil
dengan salah satu dari dua bahagian atas yang lain dalam qiyas tamthil,
atau berhujah dengan analogi induktif.
- Sebab perbezaan :
a) Al-quran datang dalam bahasa arab dan menyeru mereka dengan bahasa
yang mereka ketahui.
b) Bersandar pada fitrah, tidak perlu penggunaan pemikiran mendalam
dalam berhujah kerana lebih efektif dan berkesan.
c) Dalil tentang tauhid dan kebangkitan di akhirat dalam al-quran
merupakan dalil tertentu yang secara automatik dapat menunjukkan sesuatu makna
tanpa harus mengikuti kaedah qadiyah kulliyyah.
- Dalil-dalil mengenai ketauhidan-Nya, hari kebangkitan yang
diberitakan-Nya, dan bukti-bukti yang dibina untuk membuktikan kebenaran
rasul-rasul-Nya tidak memerlukan kepada qiyas syumul atau qiyas tamthili.
- Dalil-dalil tersebut telah benar-benar menunjukkan kepada maknanya
yang jelas dan pasti.
- Orang yang menggunakan hujah yang sukar difahami sebenarnya tidak
mampu menegakkan hujah dengan pemikiran yang besar.
- Orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan mengenai makna-makna tersebut, akan banyak pengetahuannya tentang
ilmu al-qur’an.
- Oleh itu, apabila Allah menyebutkan hujah mengenai perkara rububiyah
(ketuhanan) dan wahdaniyah ( keesaan)-Nya, sentiasa dihubungkan dengan mereka
yang berakal, mendengar, berfikir, dan yang mahu menerima pengajaran.
Dan di bumi terdapat beberapa daerah yang berdekatan, kebun-kebun anggur, tanam-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. ( Ar-Ra’d : 4 )
JENIS-JENIS PERDEBATAN DALAM AL-QUR’AN
1) Ungkapan mengenai ayat kauniyah yang disertai
perintah melakukan perenungan dan pemikiran untuk dijadikan dalil bagi
penetapan dasar-dasar akidah seperti ketauhidan Allah sebagai zat yang
disembah, dan keimanan kepada malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul-Nya
dan Hari
Kemudian.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu
yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya
kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. Dial ah yang menjadikan bumi ini
untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan
(yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu
dikeluarkan –Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki
bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, padahal
kamu kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)
(Al-Baqarah :
21-22)
2) Membantah pendapat para penentang, serta mematahkan
hujah mereka. Perdebatan seperti ini mempunyai beberapa bentuk :
a) Mengajukan soalan tentang perkara-perkara yang telah diiktiraf dan diterima secara positif oleh akal, agar ia mengiktiraf apa yang awalnya diingkari, sepertimana penggunaan dalil dengan makhluk untuk menetapkan adanya Khalik. (At-Thur : 35-43)
b) Menggunakan hujah yang berhubungkait langsung
dengan asal mula kejadian dan hari kebangkitan (qaf : 15)
Termasuklah menggunakan dalil yang berhubungkait
dengan kehidupan bumi yang tandus dan kering, untuk menetapkan kehidupan
sesudah mati untuk dihisab (Fushsilat : 39)
c) Menggugurkan pendapat lawan dengan membuktikan
perbezaan daripada yang dipegangi lawan (Al-An’am : 91)
d) Menggunakan teori السبر والتقسيم, iaitu
megumpulkan beberapa sifat sesuatu, kemudian menjelaskan bahawa sifat-sifat
tersebut bukanlah sebab, alasan sesuatu hukum. (Al-An’am :143-144)
e) Mengalahkan hujah lawannya dengan mendedahkan bahawa pandangan
lawannya itu tidak diiktiraf oleh sesiapa pun. (Al-An’am :100-101)
sumber : مباحث في علوم القرآن، مناع القطان
sumber : مباحث في علوم القرآن، مناع القطان
No comments:
Post a Comment