BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Wednesday, 10 December 2014

Tafsir dan Ta'wil



TAFSIR DAN TA'WIL

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBZ8jJ0NFRSw4b-q6ljarqhiXFWiwRik_y8Bt3MHMb-nafdGHTnO7p860gaP0tiJ3dCg0uVAOUHlJFxzXrnQbsqLBz9A9WhHf-jdwm4c85pzC7tJotwjSkZvCc-lo2famkaxOma_4YT4c/s1600/tafsir-alquran.jpg

  • Definisi Tafsir
Tafsir dari sudut bahasa ialah: 
menjelaskan, menyingkap dan menampakkan atau menerangkan makna yang abstrak.
Sesungguhnya Allah telah berfirman:
 ولا يأتونك بمثل إلا جئناك بالحق وأحسن تفسيرا
Maksudnya: “Tidaklah mereka datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datang kepadamu sesuatu yang benar dan paling baik tafsir-nya”(al-Furqan [25]:33)

Tafsir dari sudut istilah:
1) Menurut Abu Hayyan:
Takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan tentang ilmu tafsir dalam kitabnya ‘al-Bahru al-Mahith’ adalah:
“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (mufrad) dan pada ketika bersusun (murakab) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.”
2) Menurut Az-Zarkasyi:
“Tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.”

  • Definisi Takwil
Ta’wil dari sudut bahasa: menerangkan dan menafsirkan.
Ta’wil kalam dari sudut istilah mempunyai 2 maksud:
1) Takwil kalam bermaksud sesuatu perkataan yang diucapkan sendiri, sama ada ucapan itu dalam bentuk permintaan) الإنشاء) atau perkhabaran (الإخبار) .
-Antara takwil kalam dalam bentuk permintaan adalah amr(perintah) dan nahi(larangan).
Ta’wil amr:  Sekiranya perkataan itu dalam bentuk permintaan seperti suruhan(الأمر) supaya membuat sesuatu, maka perbuatan yang disuruh itulah yang dinamakan takwil bagi suruhan tersebut.
Misalnya: hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في ركوعه وسجوده سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرلي، يتأول القرآن) تعنى قوله تعالى: ((فسبح بحمدك ربك واستغفره، إنه كان توابا))

Maksudnya: (Rasulullah membaca di dalam rukuknya dan sujudnya   سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرلي
Baginda mentakwilkan A-Quran) Maksudnya daripada firman Allah: Maka bertasbihlah dengan memuju Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.
Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk bertasbih  maka ia dinamakan sebagai amr(أمر) atau perintah manakala ucapan rasulullah s.a.w iaitu سبحانك  merupakan ta’wil amr tersebut.
-Takwil ikhbar: Sekiranya perkataan itu dalam bentuk perkhabaran mengenai sesuatu, maka perkara yang dikhabarkan itulah yang dinamakan takwil bagi perkhabaran tersebut.
Misalnya di dalam surah al-A’raf(52-53). Allah s.w.t telah menceritakan bahawa Dia telah menjelaskan Kitab, dan mereka tidak menunggu-nunggu kecuali ta’wilnya iaitu datangnya apa yang diberitakan al-Qur’an akan terjadi seperti hari kiamat dan tanda-tandanya serta  segala apa yang ada di akhirat serta buku catatan amal (suhuf), neraca amal (mizan), syurga, neraka dan sebagainya.
2) Takwil kalam bererti menafsirkan dan menjelaskan makna  dan inilah yang dimaksudkan oleh at-Thabari dalam kitab tafsirnya
Pengertian Takwil menurut ulama muta’akharin (متأخرين) menukar atau mengalih makna sesuatu lafaz dari maknanya yang راجح  (jelas) kepada makna yang مرجوح  (tidak jelas)disebabkan terdapatnya dalil yang menyokongnya. Definisi ini tidak bertepatan dengan apa yang dimaksudkan  oleh golongan Salaf tentang  lafaz “ta’wil” di dalam al-Qur’an.
  • Makna, Tafsir dan Ta’wil.
Terdapat dalam kalangan ulama’ yang membezakan antara makna, tafsir dan ta’wil meskipun ketiga-tiga perkataan tersebut berbeza tetapi mempunyai maksud yang hampir sama. Menurut Zarkasyi, Ibnu Faris telahmenjelaskan makna bagi ketiga-tiga ungkapan tersebut iaitu:
Makna: apa yang dimaksud(القصد) dan dikehendaki/dituju(المراد)
Tafsir: menurut bahasa adalah menampakkan dan menyingkap. Oleh itu, Tafsir bererti menyingkap apa yang dimaksudkan oleh lafaz dan melepaskan apa yang menghalang daripada pemahaman.
Ta’wil: seakan-akan memalingkan ayat kepada makna-makna yang dapat diterimanya dan kata ta’wil dibentuk dengan pola taf’il untuk menunjukkan banyak.
  • Perbezaan antara Tafsir dan Ta’wil
Berdasarkan pada perbahasan di atas, terdapat beberapa perkara atau pendapat penting yang boleh disimpulkan di dalam tajuk ini, antaranya:
1)Ta’wil bererti menafsirkan perkataan dan menjelaskan maknanya. Oleh itu, Tafsir dan Ta’wil adalah dua perkataan yang berdekatan atau sama maknanya.
2)Tafsir merupakan syarah dan penjelasan bagi sesuatu perkataan dan penjelasan ini berada dalam fikiran dengan cara memahaminya dan penjelasan pada lisan pula melalui ungkapan yang menunjukkan kepadanya. Adapun Ta’wil adalah esensi(عين)  sesuatu  yang berada dalam realiti (bukan dalam fikiran).
3) Tafsir adalah apa yang telah  jelas di dalam Kitab Allah manakal Ta’wil adalah apa yang distinbatkan (disimpulkan) oleh para ulama’. Oleh disebabkan itulah, sebahagian ulama’ mengatakan  bahawa Tafsir adalah penjelasan yang berdasarkan riwayat dan Ta’wil pula adalah penjelasan berdasarkan dirayah(الدراية).
4) Tafsir lebih banyak digunakan dalam (menerangkan) lafaz dan mufradat (kosa kata) sedangka Ta’wil pada umumnya lebih banyak digunakan dalam (menjelaskan) makna dan susunan kalimah.

sumber : مباحث في علوم القرآن، مناع القطان

No comments:

Post a Comment