Terjemahan Al-Quran
·
Terjemahan
dari sudut bahasa ialah : penerangan dan penjelasan.
·
Terjemahan
dari sudut istilah ialah : penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain.
·
Terjemahan
Al-Quran ialah : penjelasan pengertian Al-Quran menggunakan bahasa selain
bahasa arab.
·
Terjemahan
terbahagi kepada dua bahagian :
1) Terjemahan
harfiyah ; terjemahan huruf demi huruf.
Iaitu
menukarkan perkataan daripada satu bahasa kepada perkataan lain yang serupa
dalam bahasa yang lain sehingga susunan dan tertib bahasa kedua sama dengan
susunan dan tertib bahasa pertama tanpa sebarang perubahan.
2) Terjemahan
ma’nawiyah atau tafsiriyah :
Bermaksud
menjelaskan makna percakapan dengan bahasa lain tanpa terikat dengan susunan
dan tertib bahasa asal. Penekanan difokuskan pada aspek makna dan tujuan teks
asal supaya dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap.
·
Contoh
terjemahan Al-Qur’an :
إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ
تَعْقِلُونَ (الزخرف : 3)
Sesungguhnya Kami
menjadikan Al-Qur’an dalam bahasa arab supaya kamu memahami (nya).
v Maka terjemahan harfiyah adalah
dengan cara menterjemahkan huruf demi huruf dalam ayat berikut ; pertama
menterjemahkan إِنَّا, kemudian
جَعَلْنَاهُ, diikuti dengan قُرْآنًا dan عَرَبِيًّا sehinggalah seterusnya.
v Terjemahan
ma’nawiyah dengan cara menterjemahkan makna ayat secara keseluruhan tanpa
mengambil kira susunan dan tertib bahasa asal
·
Hukum
terjemahan Al-Qur’an secara harfiyah :
Di sisi kebanyakan
ulama’, terjemahan harfiyah adalah mustahil kerana ianya mempunyai syarat-syarat
yang tidak boleh dipenuhi iaitu ;
v Mempunyai perbendaharaan kata yang
serupa dalam dua bahasa.
v Mempunyai alat-alat yang membawa
erti-erti tertentu yang serupa antara dua bahasa.
v Mempunyai persamaan antara dua
bahasa dalam susunan perkataan daripada konteks ayat, sifat dan sandaran
(idhofah).
Sebahagian ulama’
mengatakan hukum haram jika merterjemahkan Al-Qur’an secara harfiyah kerana
pengekalan susunan kata serta teks asal Al-Quran sambil merangkumi maknanya
merupakan sesuatu yang mustahil dilakukan.
Hal ini disebabkan karakter
atau ciri-ciri bahasa arab amat berbeza dari segi aspek penggunaan perkataan
serta susunan ayat jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.
Sebagai contoh, dalam
bahasa arab jumlah fi’liyyah (ayat yang menunjukkan perkataan) dimulakan dengan
feel (perbuatan) kemudian diikuti oleh fa’il (pelaku). Keadaan ini berbeza
dengan struktur ayat bahasa melayu yang
didahului dengan pelaku dan diikuti oleh perbuatan.
Secara jelasnya,
tidak ada persamaan pada hukum dan struktur bahasa bagi setiap bahasa.
Hukum
terjemahan Al-Qur’an secara tafsiriyyah :
Untuk membolehkan
sesuatu terjemahan yang diterjemahkan secara tafsiriyyah boleh diterima,
beberapa syarat berikut perlu dipatuhi :
v Ianya tidak boleh dijadikan
pengganti kepada Al-Qur’an dengan menggunakannya sahaja sehingga meninggalkan
Al-Qur’an.
v Orang yang menterjemah mestilah
mengetahui erti lafaz-lafaz dan tuntutannya dalam dua bahasa yang digunakan
dalam penterjemahan.
v Orang yang menterjemah mestilah
mengetahui erti lafaz syarak dalam Al-Qur’an.
v Terjemahan Al-Qur’an tidak boleh
diterima kecuali daripada orang yang dipercayai iaitu muslim yang teguh
agamanya.
![]() |
terjemahan harfiyah dan tafsiriyyah
sumber : مباحث في علوم القرآن، مناع القطان
|
No comments:
Post a Comment